Vitamin C penyebab sakit buah pinggang? - Oh Dedek

Jumaat, 1 Januari 1999

Vitamin C penyebab sakit buah pinggang?

Sharing dari  Dr Norman Norawi:
VITAMIN C & BATU KARANG BUAH PINGGANG?

Saya selalu di tanya tentang benarkan vitamin C boleh menyebabkan masalah batu karang buah pinggang sebagaimana yang didakwa oleh ramai ahli perubatan.

Bahaya-vitamin-c
Bahayakah vitamin C

Saya sebenarnya tidak percaya vitamin C menyebabkan masalah batu karang sebagaimana yang di dakwa kerana apa yang saya belajar dalam bidang Nutritional Medicine menunjukkannya ia bukanlah penyebab masalah batu karang buah pinggang.

Saya telah mengamalkan pengambilan vitamin C 2000mg setiap hari sejak lebih 10 tahun dan tidak menghadapi apa-apa masalah dan tiada batu karang terjadi kepada saya. Malahan saya merasakan diri saya lebih sihat dan bertenaga.

Sebenarnya subjek ini adalah kontroversi di peringkat dunia perubatan dan penyelidikan sejak berpuluh-puluh tahun lagi. Jika kita merujuk kepada pelbagai artikel, ada yang menyatakan vitamin C boleh menyebabkan masalah batu karang buah pinggang dan ada yang menyatakan sebaliknya.

Persoalannya yang mana satu kita perlu ikut?

Sebenarnya terpulanglah kepada kepercayaan masing-masing dan kita tidak perlu berbalah tentang isu ini…jangan kita memaksa orang lain mengikut pendapat kita..

Tetapi bagi saya jika kita ingin memberikan pendapat..

maka sertakanlah bukti-bukti kajian saintifik dakwaan dan hujah kita dan bukannya meletakkan ‘stetoskop di bahu’ dan bercakap seperti ‘mahaguru’…sedangkan ilmu di dada sangat terhad dan terlalu luaran pemahamannya….terutama bagi seseorang doktor yang tidak mendalami bidang Nutritional Medicine akan kelihatan sangat cetek ilmunya dan memalukan…terutama zaman di mana ilmu berada di hujung jari…

Kita boleh merujuk pelbagai jurnal yang ada dan kita boleh menilaikan sendiri samada dakwaan ini betul atau sekadar satu andaian sahaja. Kita boleh merujuk kepada satu kajian berkenaan topik ini dalam jurnal perubatan dan merujuk pendapat penyelidik yang membuat kajian tentang isu ini.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan “The Journal of the American Society of Nephrology” tahun 1999 oleh Dr Gary C. Curhan. Dalam kajian ini beliau mengkaji kesan jangkamasa pendek dos tinggi vitamin C dan kesan vitamin B6 dalam mengurangkan risiko penyakit batu karang di kalangan wanita.

Kesimpulan daripada kajian beliau menyokong hipotesis yang menyatakan bahawa vitamin B6 mengurangkan risiko penyakit batu karang dan data prospektif tidak menyokong bahawa risiko batu karang meningkat dengan peningkatan dos vitamin C.

VITAMIN B6 & OKSALAT

Tiada kajian RCT yang mengkaji secara khusus kesan suplemen vitamin B6 ke atas risiko penyakit batu karang buah pinggang. Kajian-kajian , yang ada menunjukkan pengambilan vitamin B6 (Pyridoxine) dalam dos diantara 10 ke 500mg sehari menurunkan paras oxalate dalam air kencing dan kajian-kajian , lain juga menunjukkan pengurangan insiden terjadi semula masalah batu karang kalsium oxalate.

Dalam kajian ini, peserta kajian di berikan suplemen B6 sebanyak 200mg sehari dan didapati tiada peningkatan insiden batu karang di kalangan peserta kajian wanita dan lelaki.

VITAMIN C & OKSALAT

Kajian-kajian jangkamasa pendek suplemen dos tinggi vitamin C ke atas kesannya kepada pengeluaran oxalate dalam air kencing mempunyai keputusan yang banyak perbezaan.

Dalam satu kajian ke atas 39 peserta sihat, berlaku peningkatan paras oxalate dalam 50% peserta kajian selepas mengambil 1000mg vitamin C, tetapi tiada peningkatan lebih tinggi di dapati walaupun dos yang diambil sehingga 9000mg sehari.

Dalam lagi satu kajian yang melibatkan 15 peserta yang telah melalui rawatan ‘extracorporeal lithotripsi’, menunjukkan berlaku peningkatan 39% oxalate dalam air kencing dengan pengambilan 1000mg vitamin C dan 100% peningkatan dengan pengambilan 2000 mg vitamin C.

Satu kajian telah membuat analisa semula kajian-kajian sebelumnya untuk memastikan samada keputusan kajian tersebut adalah kerana berlakunya kesalahan analitikal iaitu paras oxalate dalam air kencing di ukur dengan menggunakan kaedah ‘ion chromatography’ selepas pengambilan secara oral 1 gram sehingga 10 gram vitamin C oleh peserta dewasa yang sihat.

Vitamin C

di tambah secara terus ke dalam air kencing dan analisa menunjukkan berlaku peningkatan paras oxalat yang secara statistiknya signifikan. Ini menunjukkan vitamin C telah bertukar kepada oxalat secara terus semasa proses kajian analitikal di makmal. Oleh kerana berlakunya peningkatan paras oxalat dalam air kencing adalah kerana vitamin C bertukar menjadi oxalat secara terus bukannya kerana vitamin C meningkatkan oxalat yang dihasilkan oleh tubuh seseorang. Oleh itu penyelidik kajian ini membuat kesimpulan bahawa tidak berlaku peningkatan paras oxalat akibat pengambilan vitamin C dos tinggi sebenarnya melainkan akibat adanya vitamin C didalam air kencing yang diuji. Kesimpulan daripada kajian ini yang mengkaji kaitan di antara pengambilan suplemen vitamin C dan peningkatan paras oxalat dalam air kencing telah menunjukkan tiada peningkatan risiko penyakit batu karang terjadi.

Kajian yang serupa mengkaji risiko penyakit batu karang dengan pengambilan suplemen vitamin C di kalangan orang lelaki juga menunjukkan tiada peningkatan risiko mendapat penyakit batu karang di kalangan orang lelaki yang mengambil vitamin C dengan dos tinggi lebih daripada 1500mg sehari.

Kajian menunjukkan pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman seperti rhubarb, bayam, cokelat, teh dan kopi juga menyebabkan penghasilan oksalat yang lebih tinggi dalam air kencing berbanding dengan vitamin C, tetapi tiada pula kita dengar ianya di kaitkan dengan masalah batu karang buah pinggang. Di sini seolah-oleh wujud prejudis terhadap vitamin C sedangkan faktanya tiada kajian khusus menunjukkan kaitan lansung di antara penyakit batu karang buah pinggang dengan pengambilan vitamin C sebenarnya.

Kesimpulan oleh kajian ini menunjukkan pengambilan vitamin B6 boleh membantu menurunkan paras oxalat dalam air kencing di kalangan wanita tetapi tidak di kalangan orang lelaki. Kajian ini juga TIDAK menyokong saranan untuk menghadkan pengambilan vitamin C untuk mencegah penyakit batu karang buah pinggang.

Kajian juga menunjukkan pengambilan magnesium akan membantu mengurangkan risiko batu karang. Punca utama berlaku masalah batu karang buah pinggang sebenarnya adalah berkaitan dengan dehidrasi (kekeringan) akibat kurang minum air dan juga masalah kalsifikasi (calcification) yang berpunca daripada paras kalsium yang tinggi akibat pengambilan suplemen kalsium.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE

Rujukan:

1. Curhan GC1, Willett WC, Rimm EB, Stampfer MJ. A prospective study of the intake of vitamins C and B6, and the risk of kidney stones in men. J. Urol. 1996 Jun;155(6):1847-51.
2. Rattan V, Sidhu H, Vaidyanathan S, Think S, Nath R: Effect of combined supplementation of magnesium oxide and pyridoxine in calcium-oxalate stone formers. Urol Res 22:161 -165, 1994
3. Balcke P, Schmidt P, Zazgornik J, Kopsa H, Minar E: Pyridoxine therapy in patients with renal calcium oxalate calculi. Proc Eur Dial Transplant Assoc 20:417 -421, 1983
4. Mitwalli A, Ayiomamitis A, Grass L, Oreopoulos D: Control of hyperoxaluria with large doses of pyridoxine in patients with kidney stones.Int Urol Nephrol 20:353 -359, 1988
5. Prien E, Gershoff S: Magnesium oxide-pyridoxine therapy for recurrent calcium oxalate calculi. J Urol112 : 509-512,1974
6. Hughes C, Dutton S, Truswell A: High intakes of ascorbic acid and urinary oxalate. J Hum Nutr 35:274 -280, 1981
7. Urivetzky M, Kessaris D, Smith A: Ascorbic acid overdosing: A risk factor for calcium oxalate nephrolithiasis. J Urol147 : 1215-1218,1992
8. Wandzilak T, D’Andre S, Davis P, Williams H: Effect of high dose vitamin C on urinary oxalate levels. J Urol151 : 834-837,1994
9. Curhan G, Willett W, Rimm E, Stampfer M: A prospective study of the intake of vitamin C and vitamin B6 and the risk of kidney stones in men.J Urol 155:1847 -1851, 1996
10. Coe FL, Worcester EM, Evan AP. Idiopathic hypercalciuria and formation of calcium renal stones. Nat Rev Nephrol. 2016 Sep;12(9):519-33. doi: 10.1038/nrneph.2016.101. Epub 2016 Jul 25. PMID: 27452364; PMCID: PMC5837277

Comments


EmoticonEmoticon