Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal memasuki Tahun 1 dan prasekolah.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH DAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2019 & 2020.
Pendaftaran Tahun 1
Tarikh lahir dan Tahun Persekolahan :
2 Jan. 2012 — 1 Jan. 2013 = *2019*
2 Jan. 2013 — 1 Jan. 2014 = *2020*
Sila layari website: https://public.moe.gov.my
Pendaftaran Online dibuka pada 1 Mac sehingga 30 April 2018.
Pendaftaran lewat iaitu 1 Mei sehingga 15 Disember 2018.
Penempatan sekolah akan dipaparkan pada 1 Ogos 2018.
Rayuan boleh dibuat bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2018.
Keputusan Rayuan akan diketahui pada 1 Oktober 2018.
Bagi Pendaftaran lewat iaitu selepas 15 Disember 2018 hingga 30 Januari 2019, sila Isi Borang ASBS.
PRASEKOLAH
Sila layari website:
https://eprasekolah.moe.gov.my
Permohonan online dibuka pada 1 MAC 2018 hingga 30 APRIL 2018 bagi kemasukan pada tahun hadapan.
Maklumat tambahan:
Pendaftaran tahun 1, 2019 & 2020 boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu:
Kaedah 1) *Daftar manual*
Langkah 1- ibubapa pergi ke sekolah yang ingin dipohon untuk mendapatkan borang manual.
Langkah 2 – ibubapa perlu melengkapkan borang manual dan menghantar borang berserta dokumen iringan/sokongan.
Langkah 3 – ibubapa perlu menghantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen iringan/sokongan ke sekolah yang ingin dipohon.
Kaedah 2) *Ibubapa daftar online*
Langkah1 – ibubapa mendaftar sendiri secara online melalui website www.public.moe.gov.my (panduan mendaftar turut disertakan dalam sistem)
Langkah 2 – Cetak borang permohonan yang telah lengkap dan bawa dokumen iringan/sokongan ke sekolah yang ingin di pohon.
Dokumen iringan/sokongan yang perlu disahkan & disertakan ialah:
1. Salinan surat lahir murid/mykid.
2. Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang sah.
3. Salinan surat nikah/sijil pengangkatan murid/arahan hak penjagaan
4. Bil air/letrik/cukai pintu.
Harap maklumat ini dapat membantu.
Sekian, terima kasih.


