5 Rasa Sakit Ketika Mengandung Yang Dialami Oleh Ibu
1 – Sakit Kepala
Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, sakit kepala adalah perkara biasa pada trimester pertama dan ketiga.
Ini disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan hormon pada awal kehamilan dan boleh bertambah teruk apabila ibu hamil kurang tidur, menghadapi tekanan atau kesan kerana berhenti minum kopi.
Sakit kepala juga boleh terjadi kerana postur badan yang lemah akibat berat bayi dalam kandungan yang semakin besar.
![]() |
| Morning sickness biasanya disertai sengan sakit kepala. |
2 – Sembelit
Menurut Dr. Zubaidi sembelit semasa hamil boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Tetapi selain daripada kurang pergerakan fizikal dan pemakanan yang kurang serat, tubuh wanita hamil juga mempunyai hormon progesterone yang banyak.
Hormon ini melambatkan sistem pencernaan dan boleh menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan.
Rahim yang semakin besar juga akan memberi tekanan pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan dubur.
![]() |
| Masalah sembelit dan hamil tidak dapat dipisahkan. |
3 – Sakit punggung (sakit yang paling kerap terjadi)
Sakit punggung adalah sakit yang paling biasa terjadi di kalangan wanita hamil.
Ini disebabkan otot-otot pada bahagian belakang yang tidak cukup kuat untuk menampung berat seorang bayi.
Apabila wanita hamil terpaksa memikul berat janin yang semakin besar, ia akan menyebabkan tekanan dan kesakitan pada tulang belakang dan bahagian punggung.
![]() |
| Ibu hamil sering mengalami masalah sakit pinggul terutama di fasa akhir kehamilan. |
4 – Buasir
Buasir adalah penyakit biasa yang akan dialami oleh ibu mengandung.
Dua faktor utama mengapa buasir berlaku adalah disebabkan perubahan hormon dan
pembesaran janin yang menyebabkan tekanan ke bahagian dubur Faktor lain yang boleh mendorong termasuklah meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit.
![]() |
| Masalah buasir dan kehamilan |
5 – Kesakitan pada bahagian bawah perut (Round ligament pain)
Sakit ketika mengandung seperti rasa sakit di kedua-dua bahagian abdomen bawah.
Dalam pelvis anda, terdapat ligamen yang berfungsi untuk ‘memegang’ rahim supaya ia berada dalam keadaan yang stabil.
Apabila berat kandungan semakin bertambah, berat yang perlu ditanggung oleh ligamen ini akan menyebabkan ia menjadi tebal dan tegang.
Ini boleh menyebabkan ibu hamil rasa tidak selesa atau rasa sakit seperti ditikam di kedua-dua bahagian abdomen bawah. Kesakitan ini di panggil round ligament pain dan ia boleh dirasakan ketika:
-bangun dari duduk atau mencangkung
-melakukan kerja-kerja berat
-batuk dengan kuat
![]() |
Sakit di bahagian bawah abdomen |
![]() |
| Perkembangan bayi dalam perut ibu |
Apa yang saya amalkan untuk mengurangkan rasa sakit tersebut?
1) Menjaga pemakanan.
2) Mengamalkan suplemen.
3) Melakukan senaman
– saya melakukan senaman ringan untuk ibu hamil. Boleh google atau youtube. Banyak contohnya.
![]() |
| Senaman ringan bagi ibu hamil |
4) Berurut
5) Mandi atau rendam kaki dengan air suam
![]() |
| Mandi dengan air suam |
![]() |
| Rendam kaki dengan air suam |










