ASNB dah online lah!!!
Jom buat akaun asb online.
Hari ini jadi peserta ADAM50. Hoorey. Berjaya jugak setelah beberapa kali tertangguh.
Kemudian tanya kat pegawai bank tu, “saya nak update sekali buku asb ni”.
| Buku ASNB lejen |
Sambil senyum pegawai tu cakap “puan, sekarang ni tak pakai buku dah, semunya online”
Adeh sejak bila kah? Ekeke terasa kunonye diriku. Nak ketawa pun ada.
“puan kena daftar nombor telefon dulu kat kaunter, lepas tu buat akaun online, macam maybank2u tu”
Ok paham. Berita diterima. Jom create akaun asb online uols. Senang je layari website www.myasnb.com.my
Ada tak yang senasib macam saya? Ketinggalan keretapi daaa
Ok lah Che Fatin nak cerita serba ringkas tentang myASNB ni.
Kelebihan menggunakan portal myASNB:
1. Tambah pelaburan terus dari akaun bank (bank-bank ahli FPX sahaja) anda secara dalam talian.
2. Semak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini.
3. Kemaskini maklumat peribadi dengan mudah.
Info: KISAH ESP SHAKLEE DAN SAYA
Syarat-syarat untuk mendaftar portal myASNB:
1. Mempunyai akaun dalam mana-mana unit amanah ASNB.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Telah mendaftar nombor telefon bimbit di cawangan ASNB atau ejen.
Cara-cara nak mendaftar portal myASNB boleh rujuk flyers ni.
| Flyers myportal asnb |
Mana nak dapat flyers tu?
Mintak je kat mana-mana ejen ASB atau cawangan ASNB.
.
Ok selamat mencuba.
Fatin Hamzah
Jadilah pelabur yang bijak.