Cara atasi anak lambat bercakap di rumah.
- berjumpa dengan doktor kanak-kanak
- berjumpa denagn pakar terapi bahasa atau pathologist
- berjumpa audiologist (pakar telinga) untuk mengenalpasti sama ada anak anda mengalami masalah pendengaran yang menjejaskan proses percakapan.
![]() |
| Hargai anak anda |
Berikut adalah cara-cara mengatasi masalah anak lambat bercakap di rumah.
1) Cari Rakan Responsif
Rakan responsif memainkan peranan yang penting terutama bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak ‘speech and language delay’. Biar anak-anak bergaul dengan rakan yang lebih kurang sebaya tapi aktif dalam percakapan. Ini akan menggalakkan anak-anak kita untuk bercakap.
2) Ikut minat anak anda dalam topik perbualan.
3) Jadilah rakan kepada anak kita
Bila kita jadi kawan kepada anak-anak, minat dapat dikongsi bersama. Akan wujudnya perbualan. Jangan tak percaya bila anak anda mula berimeginasi bila bercerita. Dengan sifat berkongsi inilah mewujudkan keselesaan untuk saling berinteraksi.
4) Tunggu dan Respon
Sentiasa sabar menunggu dan memberi respon setiap kali mereka ingin berinteraksi dengan kita. Guna peluang yang ada untuk menambah bahasa dan pemahamannya. Perlu juga diingatkan bukan sahaja boleh bercakap menjadi matlamat kita, tetapi mesti boleh memahami maksud apa yang diperkatakan. Bila mereka mula bercakap, responlah. Mereka tentu gembira.
Jadi sebagai ibu bapa hargai dan berilah peluang untuk anak anda meneroka dunia ini. Jangan persalahkan mereka jika lambat bercakap. Sokong dan didiklah mereka. Anak adalah permata hati kita dan amanah dari Allah s.w.t.
Read more: ATASI MASALAH GASTRIK
Jumpa lagi pada entri akan datang. Sila komen dan share ye. Semoga bermanfaat.
Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Anda
Ummi Suka Sihat dan Cantik Yang Tulis.
