Fibroids: Punca, simptom dan cara mengatasinya - Oh Dedek

Jumaat, 10 Ogos 2018

Fibroids: Punca, simptom dan cara mengatasinya

MFibroids adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot.

Mengikut statistik, 20%-50%  wanita mempunyai fibroid dalam usia reproduktif, iaitu ketika mereka masih didatangi haid. 99% kes fibroid yang berlaku adalah bukan kanser (benign). Ia sekadar ketumbuhan. Saiz  fibroids pula adalah sangat kecil. Wanita perlu mengetahui punca, simptom dan cara untuk mengatasi masalah fibroid itu supaya dapat dikekang dari awal lagi




Ada 4 jenis Fibroid yang berlaku di uterus, iaitu:

  1. Intramural
  2. Subserous
  3. Submucous
  4. Pedunkel

BACA: Saiz fibroid juga adalah pelbagai

Apakah punca fibroid berlaku?

Sebenarnya punca terjadinya fibroid tidak dapat dipastikan. Namun dipercayai tumor berkembang daripada sel otot yang mennyeleweng dari jenis normal dalam uterus. Fibroids akan terus berkembang dengan cepat akibat pengaruh estrogen yang tinggi dalam badan.

Populasi sasaran fibroids:

  1. Wanita hampir putus haid.
  2. Wanita yang mengalami obesiti.
  3. Wanita berketurunan african-america (faktor genetik)
  4. Wanita yang tidak pernah melahirkan anak.

Wanita yang pernah melahirkan anak mempunyai kebarangkalian rendah untuk mendapat fibroids.

Apa pula Simptom fibroid?

  1. Haid yang banyak dan tempohnya panjang.
  2. Pendarahan yang tidak normal di antara tempoh haid.
  3. Sakit di bahagian pelvis.
  4. Kerap buang air kecil.
  5. Sakit di bahagian pinggang (lower back)
  6. Sakit semasa membuat hubungan intim.
  7. Jisim “firm” terletak di tengah-tengah pelvis, yang boleh dirasai oleh doktor.

Cara diagnosis:

  1. Melakukan imbasan X ray.
  2. Cek hb level – jika bacaan hb adalah rendah, maka anda mempunyai masalah anemia dan berpotensi untuk mengalami masalah fibroid.

Rawatan yang boleh diambil:

  1. Watchful waiting oleh doktor. Ini kerana kadangkala fibroids mampu untuk pecah, kecut dan hilang dengan sendirinya.
  2. Melakukan Hysterectomy – iaitu prosedur yang mengeluarkan fibroids dan uterus. Ini menyebabkan wanita tersebut tidak lagi boleh hamil.
  3. Conservative surgical theraphy – prosedur myomectomy yang mengeluarkan fibroid tanpa mengusik uterus.
  4. Gonadotropin – sejenis ubat yang memaksa hormone agonists (GnRH agonists) dikeluarkan.
  5. Agen anti hormonal – iaitu sejenis ubat menentang hormon estrogen daripada dikeluarkan dalam kuantiti yang tinggi.
  6. Uterine artery embolization – salur darah yang mmbekalkan darah kepada fibroid akan disekat dalam prosedur yang “minimally invasive”.
  7. Ubat penahan sakit yang anti-inflamatory akan diberikan bagi mengurangkan kesakitan jika diperlukan.

Makanan yang menyebabkan fibroid mengecut:

  1. Makanan anti-estrogen.
  2. Amalkan produk organik, untuk elak bahan kimia dan toksin, elak estrogen dari alam sekitar tertentu (elak xenoestrogens).
  3. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian seperti brokoli, kobis, bok choy, kale, sengkuang, selada air, lobak putih, “cruciferous”. Ini dapat membantu detoks hati dan hilangkan estrogen berlebihan dari badan.
  4. Makanan yang boleh menyahtoksik darah adalah bawang putih, lobak merah, bit dan atrichokes.

6. Makan makanan yang mengandungi karotin semulajadi seperti aprikot, sweet potatoes, tembikai, lobak merah, labu dan bayam.
7. Makanan kaya dengan vitamin E
8. Teh hijau
9. Makanan yang bersifat anti keradangan – rosemary dan nenas

 

Makanan perlu dielakkan

  1. Yang boleh meningkatkan estrogen atau mengitar semula estrogen seperti alkohol, daging merah, kafein, keju, krim, mentega, ais krim dan coklat (cheese from plant-based is good. Avoid cheese from animal-based).
  2. Kurangkan susu penuh lemak.
  3. Elakkan makanan yang berasaskan soya.
  4. Elakkan makanan yang dibungkus dalam bekas plastik/polisteren. (Memanaskan makanan yang menggunakan bungkusan plastik dalam microwave atau oven amatlah tidak digalakkan)
  5. Elak juga makanan trans fat-based seperti marjerin. Butter adalah lebih baik dari marjerin.

Pemulihan semulajadi

  1. Pengambilan suplemen multivitamin.
  2. Banyakkan makanan berasaskan Omega 3 atau suplemen yang mengandungi Omega 3.
  3. Soya isoflavonens 50-199mg sehari perlu diambil untuk seimbangkan hormon wanita.
  4. Makanan tambahan berasaskan herba semulajadi seperti keladi liar perlu ditambah dalam diet harian.
  5. Sel garam kalsium fluorida & makanan tambahan silika boleh membantu memecahkan fibroid.

More info: Ikhtiar hamil dengan suplemen

 

Jika anda mahu mengambil suplemen protein dari sumber tumbuhan, viatamin e yang terbaik, omega 3 serta soya isoflavonens, bolehlah menghubungi saya di http://fatinhamzah.wasap.my

 

Ummi Sihat Yang Tulis,

Fatin Hamzah 0175438337

Pengedar Shaklee Meru Klang

AlFatehBiz

 

Comments


EmoticonEmoticon